Tindakan SPR Menyusahkan Rakyat

0
69

Pengumuman SPR mengenai mengundi dikecam Parti Islam Se-Malaysia, PAS.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan itu.

Memetik kenyataan beliau, Tuan Ibrahim berkata penetapan Hari Rabu bukan sahaja meyusahkan rakyat malah telah menggadai hak rakyat luar kawasan.

“PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.

“Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi.

“Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi,” katanya.

Beliau menambah, walaupun kerajaaan boleh mengisytiharkan cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu.

Soalnya lagi, apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi?

Kesal dengan apa yang berlaku, beliau menegaskan bahawa PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari ini bagi mengambil tindakan selanjutnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here