Kerajaan Perlu Bagi Cuti Umum 8 dan 9 Mei

0
17

Hari mengundi yang jatuh pada hari Rabu 9hb Mei 2018 akan menghalang ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk mengundi. Ia bukan sahaja menafikan hak mereka malah akan menimbulkan kemarahan rakyat. Kerajaan sementara perlu segera mengisytiharkan cuti rasmi selama 2 hari Selasa dan Rabu, 8 dan 9 Mei untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mereka.
Malah, kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti boleh sahaja mengumumkan cuti sehari lagi kerana meraikan kemenangan pada PRU ke 14. Ia boleh menjadi sebagai satu manifesto tambahan semua parti pembangkang.

Sekian

Dato’ Dr Khairuddin Takiri
10 hb April 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here