Amanat Pilihan Raya: Tuan Guru Seru Jentera Hayati Sirah Hadapi Musuh

0
22

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru jentera pilihan raya supaya berpandukan sirah Nabi Muhammad SAW menghadapi musuh.

Seruan tersebut dinyatakan beliau melalui siaran langsung menerusi laman Facebook rasmi beliau Isnin lalu.

Ucapan yang berdurasi sekitar 20 minit itu adalah sebagai kata-kata semangat oleh Presiden PAS kepada jentera partinya.

Beliau banyak memetik kisah yang terakam di dalam peristiwa Perang Badar dan Perang Uhud sebagaimana digambarkan menerusi Surah Ali Imran yang dibacanya di awal ucapan.

“Kepada saudara-saudara petugas PAS dan semua pembantu dan pemerhati PAS, marilah kita baca kisah-kisah penutup Surah Ali-Imran, surah Madaniyyah, surah yang diturunkan di Madinah ketika umat Islam menghadapi cabaran yang hebat.

“Surah ini di dalamnya disebut kisah peristiwa Perang Badar, umat Islam diberi kemenangan oleh Allah SWT dalam keadaan jumlah yang sedikit, persediaan yang ada tidak sebanyak yang ada pada musuh.

“Disebut juga peristiwa Uhud dengan jumlah orang Islam lebih besar,” katanya.

Jelas beliau, Allah SWT memberikan ujian yang sangat hebat semasa Peristiwa Uhud apabila sebahagian daripada mereka yang berada dalam kumpulan Islam adalah kalangan munafik dan lemah iman dan mereka keluar daripada pasukan, menyeleweng dan terpesong.

Justeru ulasnya, Allah SWT pada awalnya mengurniakan Uhud dengan kemenangan berpihak kepada Islam kemudian apabila sebahagian daripada mereka tidak mengikut arahan kepimpinan Nabi Muhammad SAW; yang mengatur mengikut strategi yang tepat, menyebabkan mereka terpukul dengan berlaku terbunuhnya para Syuhada’, kecederaan termasuk pada diri Nabi Muhammad SAW.

Tuan Guru turut menekankan para petugas supaya bertaqwa daam meakukan apa jua tugasan piihan raya menghadapi musuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here