" Main Menu | |
|
" Al Quran Online |  |
|
" Harakah Digital |  |
|
" Cintamu Ya Rasulullah |
|
|
" Ust Nik Nasri | |
|
" Blog Kemasik | |
|
" Harakah Daily | |
|
" Buletin Online | |
|
" Cina Islam | |
|
" Tranung Kite | |
|
" Ust Azhar | |
|
| |
CERAMAH PRU KE-13 DI N29 - DUN KEMASIK

|
|
SANTAI KELUARGA BERSAMA SELIBRITI DI DUN CHUKAI

|
|
ceramah pru ke-13 di dun chukai
.jpg)
|
|
CERAMAH PRA BUBAR DUN DI DUN KEMASIK

|
|
TAHNIAH GURU: JASAMU TIADA DILUPAKAN
|
Posted by driver_suria on Wednesday, May 16, 2012 @ 18:04:41 MYT (8 reads)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat Hari Guru bagi tahun 2012 kepada semua pendidik di negara ini. Syabas dan tahniah kepada para guru yang berterusan memberikan perkhidmatan dalam dunia pendidikan tanpa berasa lelah, jemu dan berputus asa bagi memastikan kecemerlangan akademik terhadap pelajar-pelajar setiap tahun.
DPPM menyanjung tinggi segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan pendidik dalam melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berharga dalam masyarakat. Mereka umpama obor yang menerangi alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan. Tanpa mereka tiadalah semua golongan cendikiawan, cerdik pandai, pemimpin dan ahli politik hebat seperti sekarang. Sewajarnya peranan dan sumbangan mereka dimartabatkan setingginya.
| |
(Read More... | 2142 bytes more | comments? | Score: 0) |
Lensa di Mesyuarat Agong Tahunan 2012 PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-52
|
Posted by editor on Sunday, May 06, 2012 @ 21:51:18 MYT (85 reads)

Saudara Hanipa Maiden, AJK PAS Pusat sedang berucap di Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan 2012 PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-52 di Dewan As Shafei, Pusat pengajian Taman Islam, Kemaman.

Yang DiPertua, Haji Ismail Harun (depan, empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Sessi 2011/2013 bergambar selepas Mesyuarat Agong Tahunan 2012 Kali Ke-52 di Taman Islam Kemaman.
Sila tekan 'Read more' untuk gambar - gambar seterusnya.
| |
(Read More... | 7103 bytes more | comments? | Score: 0) |
'Saya ditumbuk di pipi kanan, diheret dan dibelasah oleh sekumpulan 10 polis' - OKT Zakaria Mohd Razaki
|
Posted by editor on Thursday, May 03, 2012 @ 00:00:32 MYT (97 reads)
Kerteh, 2hb. Mei - Peristiwa dibelasah oleh sekumpulan polis sedikitpun tidak mematahkan semangat Zakaria Mohd Razaki untuk turun berdemonstrasi menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya jika diarahkan oleh pimpinan parti.
Malah, peristiwa hitam yang penuh tragis itu menguatkan keazamannya untuk memastikan sistem pemerintahan yang ada sekarang ini ditumbangkan melalui pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
Demikianlah antara ungkapan yang diucapkan oleh Orang Kena Tahan (OKT) Zakaria Mohd Razaki, 25 tahun, seorang Tukang Rumah ketika ditemuai oleh wakil www.dppkk.org sebentar tadi di kediaman bapanya di Kampung Batu Putih, Kerteh.
(Gambar - OKT Zakaria Mohd Razaki (tengah), bersama bapanya, Mohd Razaki Kassim (kanan) semasa ditemui wakil www.dppkk.org di rumahnya di Kampung Batu Putih, Kerteh).
Menceritakan detik - detik beliau ditumbuk, dipukul, disepak, diterajang dan dibelasah oleh sekumpulan polis ketika menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, beliau mengimbas kembali, 'waktu itu sekitar pukul 6.20 petang saya bersama 3 orang rakan menaiki tangga LRT di Masjid Jame' untuk pulang, katanya.
'Sebelum menaiki tangga LRT saya nampak sekumpulan anggota polis berdiri tetapi tidak mengendahkannya, sampai di tingkat 2, tiba - tiba seorang angota polis menarik bajunya dari belakang dan ketika itu saya agak terkebelakang berbanding dengan 3 orang kawan saya itu', jelasnya.
'Polis itu bertanya hendak kemana, beliau menjawap hendak ke LRT tiba - tiba sebiji tumbukan singgah di pipi kanan saya dan polis itu menarik baju saya menuruni tangga', katanya.
Beliau seterusnya berkata, 'saya diheret ke tempat sekumpulan anggota polis yang saya nampak tadi dianggarkan 10 orang dan di situlah saya dibelasah bertubi - tubi hingga jatuh dan rebah di atas jalan', ulasnya.
'Bila saya rebah, sepakan dan tendang terajang bertubi - tubi singgah di seluruh anggota badan saya dan dilakukan oleh bukan seorang tetapi beramai - ramai macam pesta belasahan beramai ramai', imbasnya lagi.
Dikala itu beliau ada mendengar suara rayuan dari seorang wanita yang melihat kejadian tersebut supaya polis menghentikan pesta belasahan tersebut tetapi tidak diendahkan.
'Selepas dibelasah di situ, saya diseret ke trak polis dianggarkan 100 meter dari tempat kejadian tadi dan bila sampai sahaja di tepi trak polis saya sekali lagi dibelasah beramai - ramai disitu', ujarnya.
Beliau yang datang menyertai BERSIH 3.0 bersama 3 orang lagi rakannya menganggap peristiwa tersebut sama seperti yang dilihatnya di dalam TV berlaku di Semenanjung Gaza di Palestin.
Sila tekan 'Read more' untuk gambar dan cerita seterusnya.
| |
(Read More... | 7198 bytes more | comments? | Score: 0) |
Gerak Kerja Pemuda PAS Mesti Bersasaran dan Berterusan Sehingga PRU - Ustaz Mohd Nor Hamzah
|
Posted by editor on Wednesday, April 25, 2012 @ 21:36:32 MYT (74 reads)
Kemaman, 19hb. April - Gerak kerja dan aktiviti kepermudaan mestilah bersasaran bagi memastikan semua orang muda mendapat maklumat terkini situasi politik tanah air.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-31 di Mujamma As Syafie, Pusat Pengajian Taman Islam di sini.
(Gambar , kanan - Ustaz Mohd Nor Hamzah (tiga dari kanan) dan kepimpinan PAS Kawasan Kemaman serta Ahli Jawatankuasa DPPKK berdiri sambil menyanyikan lagu Rasmi PAS).
Beliau yang merupakan ADUN Bukit Payong seterusnya berkata, 'tenaga pemuda amat diperlukan untuk PAS menang dalam PRU Ke-13 nanti, dengan kemenangan PAS ianya membawa makna yang besar iaitu keadilan berjaya ditegakkan dan kezaliman berjaya dihapuskan dan ditumbangkan', katanya lagi.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, Timbalan YDP, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Naib YDP, Ustaz Hazri Jusoh, Bendahari, Haji Johan Ismail, Ketua Dewan Ulama, Ustaz Haji Ali Mohd dan AJK - AJK PAS Kawasan.
Ustaz Mohd Nor seterusnya berkata antara pra-syarat kemenangan Islam yang perlu dipenuhi ialah keimanan dalam aqidah perjuangan, berpendirian tetap dalam apa jua situasi dan proses pentarbiyahan yang berterusan.
'Saya minta pemuda teruskan program usrah walaupun semasa parlimen dibubarkan kerana usrah ini merupakan proses pembersihan jiwa yang berterusan dan ianya dapat mengelak pertelingkahan dan perbalahan sesama anggota jemaah yang mana jika ianya berlaku boleh melumpuhkan jentera pemuda', tegasnya lagi.
Pemuda PAS juga diminta memastikan program yang dilaksanakan sampai kepada kumpulan sasaran bukan berlegar di kalangan pemuda PAS sahaja. Beliau meminta pemuda PAS mendekati seramai boleh para pemuda di kampung dan mengajak mereka menjadi Orang Muda Geng Kite.
Pemuda PAS perlu menjejaki para pemuda dan sentiasa bertanya khabar dan berita supaya hubungan tidak terputus dan pemuda PAS mesti turun di tempat - tempat pemuda berkumpul seperti di padang bola, kedai kopi dan tempat rekreasi.
Sementara itu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dalam ucapan aluannya mengatakan UMNO Pusat dan UMNO Terengganu berada dalam situasi kekeliruan dan tiada pendirian yang kukuh dan bercelaru.
Ustaz Hishamuddin berkata, 'Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam lawatannya ke Terengganu mempersoalkan mengapa PAS menolak salam ukhwah yang dihulurkan oleh UMNO sedangkan dalam masa yang masa berbaik dengan DAP'.
'Inilah saya katakan UMNO dalam kekeliruan, Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi UMNO Terengganu telah mengeluarkan tuduhan mengaitkan PAS dengan Parti Ajaran Sesat dan dalam masa yang sama Ketua Penerangan UMNO Pusat terhegeh - hegeh datang ke Terengganu ingin berkawan dan berbaik dengan PAS, jadi yang mana satu betulnya', soalnya lagi.
Beliau berkata, 'hanya orang yang tidak waras sahaja ingin menghulurkan salam ukhwah dengan mana - mana individu dan pertubuhan yang ditohmahkannya sebagai sesat, jadi siapa sebenarnya yang sesat dalam situasi ini, UMNO atau PAS', soalnya lagi.
'Sila tekan 'Read more' untuk gambar - gambar seterusnya.
| |
(Read More... | 5592 bytes more | comments? | Score: 0) |
PASTI Al Amin, Kijal dan PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang Ungguli Sukan PASTI Kemaman 2012
|
Posted by editor on Saturday, April 14, 2012 @ 20:09:59 MYT (73 reads)
Kemasik, 14hb. April - PASTI Al Amin, Kijal muncul sebagai Juara Futsal manakala PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang menjuarai acara bola jaring di Sukan PASTI Kawasan Kemaman 2012 yang diadakan di perkarangan Surau Feri, Kemasik, pagi tadi.
Kecemerlangan dua buah PASTI ini nyata terserlah setelah PASTI Al Amin juga muncul sebagai Naib Johan bolajaring manakala PASTI Al Mahabbah sebagai Naib Johan Futsal.
(Gambar - aksi menarik di perlawanan futsal antara PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang menentang PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut).
Sebanyak 16 buah PASTI menyertai futsal dan 8 buah untuk bola jaring.
Sementara itu PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang dan PASTI Nur Islam, Bukit Mentok menduduki tempat ke-3 dan ke-4 untuk futsal manakala PASTI Nur Islam, Bukit Mentok dan PASTI Adam, Mak Chili menduduki tempat ke-3 dan ke-4 bagi acara bola jaring.
Perasmian Sukan PASTI Kemaman 2012 telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman.
Beliau menyeru ibubapa/penjaga pelajar PASTI untuk terus memberi sokongan dan komitmen kepada PAS untuk memartabatkan Islam di tempat yang tertinggi setelah ianya gagal dilakukan oleh UMNO/BN selama 53 tahun.
Dalam ucapannya, beliau yang merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik, menegaskan PAS dengan Dasar Islam akan menambahkan lagi pusat pengajian dan institusi yang berorientasikan Islam agar dapat melahirkan lebih ramai intelektual dan cendiakawan Islam bukannya yang berfikiran sekular sepertimana sekarang.
'Kerajaan UMNO/BN memang tiada hasrat untuk mengukuhkan kefahaman Islam kepada anak bangsa sebab itu kita lihat di Kemaman ini sejak dulu lagi hanya ada sebuah sahaja sekolah berorientasikan Islam iaitu Sekolah Menengah Al Falah manakala sekolah kebangsaan tumbuh bagai cendawan dan berlipat kali ganda kuantitinya', ulasnya lagi.
Sila buka 'Read more' untuk gambar - gambar menarik Sukan PASTI Kemaman 2012.
| |
(Read More... | 6908 bytes more | comments? | Score: 0) |
Anak Terengganu Dapat Penghapusan Bayaran Balik PTPTN dan Pimjaman Yayasan Terengganu - YB Wahid Endut
|
Posted by editor on Friday, April 13, 2012 @ 09:38:18 MYT (71 reads)
Kerteh, 1hb. April - PAS Negeri Terengganu menawarkan penghapusan bayaran balik pimjaman PTPTN dan pimjaman Yayasan Terengganu kepada seluruh anak Terengganu jika Pakatan Rakyat diberi mandat pemerintahan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti dengan syarat Kerajaan Pakatan Rakyat waktu itu membayar royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Kerajaan Negeri.
YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian di sessi Taklimat Khas PRU Ke-13 kepada semua jentera dan petugas PRU PAS DUN Kemasik, disini, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya, Dr Alias Razak, pimpinan PAS DUN Kemasik dan 350 orang jentera pilihanraya dari pelbagai peringkat di Dewan Undangan Negeri, Unit Peti Undi dan cawangan.
'Ini janji kita kepada para peminjam PTPTN dan Yayasan Terengganu, kita telah kaji kos dan implikasinya dengan mendalam dan Insyaallah semua anak Terengganu akan menikmati penghapusan bayaran balik tersebut dengan syarat Kerajaan Persekutuan waktu itu membayar royalti sebanyak 20 peratus', kata YB Mohd Abdul Wahid Endut.
Beliau seterusnya berkata, 'UMNO/BN berada dalam dilema untuk mengadakan PRU memandangkan mood rakyat sekarang ini tidak menyebelahinya, pemimpin UMNO/BN hilang keyakinan dapat mempertahankan Putrajaya menyebabkan tarikh PRU terus menjadi misteri dan tanda tanya'.
(Gambar - Hj Abdul Wahid Endut bersalaman dengan pelanggan yang terdsiri dari anak muda di sebuah kedai kopi di Kerteh semasa sessi minum petang dan sembang bersama masyarakat)
Pada petangnya, pimpinan PAS Terengganu telah turun ke kedai kopi untuk sessi Sembang dan Minum Petang Bersama Masyarakat. Diantara yang hadir ialah Haji Mohd Abdul Wahid, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, Dr Alias Razak, Haji Yahaya Ali, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman.
Turut hadir ialah Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid dan ahli Dewan Harian PAS DUN Kemasik.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan jentera dan petugas PAS di semua peringkat untuk bergerak aktif mulai sekarang, memastikan Bilik Gerakan sudah beroperasi dan mempertahankan dan meningkatkan mood masyarakat yang mula menolak UMNO/BN dengan melipatgandakan aktiviti bersasaran di peringkat bawahan.
Seramai 350 orang petugas dari pelbagai peringkat telah hadir untuk mendapat suntikan semangat dari Pesuruhjaya PAS Terengganu dan rombongannya yang melawat PAS DUN Kemasik dalam rangka gerak kerja mencapai kemenangan di PRU Ke-13 nanti.
'Bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat, PAS Terengganu telah menampilkan imej baru (rebranding) untuk membuang pandangan dan tanggapan negatif masyarakat yang sebelum ini menyifatkan PAS sebagai parti yang agresif, jumud dan pemimpin samada di peringkat atas dan bawah yang tidak ramah dengan mengambil pendekatan kepimpinan yang muda dan lebih mesra rakyat', ulasnya lagi.
| |
(Read More... | 5410 bytes more | comments? | Score: 0) |
Masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bersama PAS
|
Posted by editor on Wednesday, March 28, 2012 @ 19:37:52 MYT (74 reads)
Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti.
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
| |
(Read More... | 2960 bytes more | comments? | Score: 0) |
Lensa di Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2012
|
Posted by editor on Monday, March 26, 2012 @ 11:41:37 MYT (64 reads)

Saudara Suhaimi Embong (paling kanan) selaku moderator bersama ahli - ahli panel di pentas utama.
.jpg)
Antara kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terenganu yang hadir.
| |
(Read More... | 2683 bytes more | comments? | Score: 0) |
Lensa di Ijtima Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman 2012
|
Posted by editor on Sunday, February 12, 2012 @ 18:39:28 MYT (91 reads)

Dari kiri ; Ustaz Ramlan, Mahadi, Dr Megat Suhaimi, Ustaz Nik Mohd Nasri, Ustaz Azman Shafawi dan Ustaz Hishamuddin berdiri semasa lagu Amalillah dan lagu PAS dinyanyikan.
| |
(Read More... | 3513 bytes more | comments? | Score: 0) |
Lensa 3 di Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kemaman
|
Posted by editor on Sunday, January 29, 2012 @ 22:19:02 MYT (115 reads)

YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berucap di Sambutan 60 Tahun PAS peringkat PAS Kemaman di Dataran Mak Chili, Kemaman pada Jumaat lepas.
Sila tekan 'Read more' untuk gambar - gambar seterusnya.
| |
(Read More... | 2467 bytes more | comments? | Score: 0) |
| | " Site Info | |
|
" Sembang | |
|
|
" Pentadbiran Laman | |
|
" Video Terkini | |
|
" Pautan Laman |
|
|
" Derma & Sumbangan | DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KEMAMAN (BIMB) NO AKAUN: 13026010016969 atau
DANA KEBAJIKAN PEMUDA KEMAMAN
(Maybank) NO AKAUN: 563028807155 Maklumkan sumbangan anda melalui emel kepada:bendahari@dppkk.org
|
|
" Old Articles | | Sunday, January 29, 2012 | | · | Lensa 2 di Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kemaman | | · | Lensa 1 di Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kemaman | | Sunday, January 22, 2012 | | · | Sambutan 60 Tahun PAS peringkat PAS Kawasan Kemaman - Semua Masyarakat Di Hadir | | Saturday, January 21, 2012 | | · | Semua ahli PAS adalah agen penerangan ; Ustaz Idris Ahmad | | Friday, January 20, 2012 | | · | Pakatan Rakyat Rai Tahun Baru Cina Bersama Kaum Tionghua di DUN Kemasik | | Saturday, December 31, 2011 | | · | Ekspidisi PEMUDA & Nisa Bersama Masyarakat | | Wednesday, December 28, 2011 | | · | Projek 1Malaysia Benteng Penahan Ombak Siap Dibina Ogos 2011 Ranap Disember 2011 | | Monday, December 19, 2011 | | · | GEMPAR ! UFO Di Bandar Kemaman | | Saturday, December 03, 2011 | | · | Golongan Muda Islam Bakal Terajui Amanah Rakyat Terengganu Selepas PRU Ke-13 ; Dato' Mustaffa Ali | | Friday, December 02, 2011 | | · | YB Dato' Seri Presiden PAS Rasmi 'Rakan Khidmat' PAS Terengganu |
Older Articles |
|
" Big Story of Today | | There isn't a Biggest Story for Today, yet. |
|
|